Posts

Showing posts from 2014

2014 jadi 2015

Image
Assalammualaikumm uuoolllsss . . … Nampaknya sebulan sekali lah aku update belog ni kan. Haha. Sibuknya aku mengalahkan perdana menteri. Rasanya PM tak sesibuk aku. kehkeh ! sebelum terlupa nak ucap takziah kepada keluarga penumpang QZ8501 yang terhempas di laut apa nama ntah aku lupa plakk. Nampak sangat aku ni  tak alert dengan berita. Hahaha. Entry kali ni ,banyak kepada upload gmbar lahh. Sebab? Sebab aku tak ada idea nak taip. Disebabkan hari ni last day in this year 2014,so aku gagahkan jugaklah bukak laptop,scroll gambar-gambar yang ada dalam laptop ni untuk dimuat naik kan kedalam blog aku yang buruk ni. Kau rasa lawa ka blog aku ni? Mesti korang akan cakap tak lawa pun. Nak baca pun tak berminat. Ok fine ! (kekonon sentaplah ) cehhh ! ikt lah nak baca ke tak,yang penting nanti boleh buat ulang tayang then gelak sensorang bila aku baca balik apa yang aku citer dalam blog ni. Tak pun bila aku dah tak ada nanti (arwah) boleh lah parents or sedara or kengkawan baca apa y

SEMESTER BREAK

Oh yeahh . semester break dah start. Heaven giler rasa. Yer lah tahun ni saja macam-macam masalah timpa. Lepas satu, satu mai. Fuhhhh penat. Tapi ayah selalu pesan, jangan mengeluh ! lima tahun aku tinggal di asrama, tahun ni lah yang mencabar pun. Sampai tak da masa nak rehat. Ohh shiit. And this sem is the killer sem. Ya Allah ! dugaan sangat. Semester yang banyak menguji kesabaran dan keimanan aku. Sometimes sampai aku dh fedup dengan semua,rasa macam tak mampu nak galas ujian ni. Amat menggoyahkan iman aku. but, kalau aku lari sampai hujung dunia pun aku tetap akan diuji. Final exam semester ni aku tak tau apa yang aku jawab. Main hentam ja apa yang ada dalam kepala otak ni. Yang pasti aku nak cepat-cepat habis exam ni,malas nak fikir dah pasal exam. So far, aku boleh lah jawab semua soalan tu walaupun minda terganggu sikit. Bengang juga lah aku,time dok jawab soalan time tu lah juga masalah nak datang. Tiba-tiba naik mentol atas kepala aku. terus teringat pesan mak kalau tak bo

STUDY WEEK

Image
Okeyh . apa yang penting kerjasama ! tapi bukan nak citer tentang kerjasama, nak citer tentang study week.aku saja ja type kerjasama tu kerana kerjasama amat penting dalam kehidupan,ok aku tak nak huraikan panjang lebar macam karangang dlm Spm yang memerlukan minimum 350 word tu. Dan korang pun tak nak tau pun kan pasal huraian tu ! Kalau cakap pasal study week opkos lah exam nak dekat dah kan? So semua student dah sah-sah lah sibuk menetelah siang malam, begitu juga dengan tenaga2 pengajar yang sibuk prepair untuk student menduduki exam. Mereka juga sibuk men”key in” markah asigment student, so time macam ni lah yang sesuai untuk menambah baikkan mana2 markah yang tercicir tu. .   hahahahhahaha. . Tapi apa yang terjadi kepada budak2 kelas Perniagaan sepanjang study week ni. Adakah kami study bersungguh-sungguh. Membuat perbincangan dengan rakan-rakan. .   ohh goossshhhh ! itu semua semua hanya topeng saja. Sebab apa aku cakap topeng, firstly kami bersungguh-sungguh melayari

SABAR ADALAH HARTA YANG MENGUNTUNGKAN

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian Alam." Hidup kita adalah untuk diuji. Ujian itu akan sentiasa mengekori kita kemana sahaja kita melangkah, lari lah sejauh mana pun, ujian tetap menanti. Ujian ini tidak ada hentinya, selagi kita hidup selagi itulah ujian akan bersama kita. Ujian itu merupakan salah satu cara untuk kita dekati Allah,untuk kita rapatkan hubungan dan mengenal dengan Allah. Allah datangkan sakit, supaya kita tahu Dialah Maha Penyembuh. . Allah beri kita miskin, supaya kita tahu Dialah Maha Kaya. . Allah berikan ujian kepada kita, supaya kita tahu Dialah Maha Sabar. . Setiap ujian yang diberikan kita mestilah bersabar. Sebab kesabaran adalah harta yang menguntungkan. Sabar juga dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Janganlah berputus asa dalam setiap dugaan. Disebalik dugaan yang diberikan ad

KASIHANKAN ORANG LAIN

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian Alam." Allah kirimkan perasaan belas kasihan ini supaya aku sedar masih ada orang yang susah hidupnya. . Hari jumaat lepas aku outing dengan dormates aku, termasuklah Aida yang tersesat join kami. . biasalah dia kena tinggal dengan dormate dia so terpaksalah dia follow semua aktiviti yang aku buat sepanjang cuti tu. .   hahaha padan muka Aida. . kalau boleh outing pun kami just boleh pi C-mart Amanjaya ja,sebab kami bukan outing dengan parents nak pi jauh-jauh, lagipun kitaorang tak ada transport. . Hmmmm. . but it’s ok lah,chill lah kan? Jalan kaki kan baik untuk kesihatan jugak just muka ja burn sikit. . Tengah pilih-pilih barang yang nak dibeli,aku terdengar bunyi duit syiling. Langkah aku terhenti, begitu juga Aida. Kami berpandangan sesama sendiri. Rupanya Aida pun nampak apa

SAHABAT,KAU ISTIMEWA

Image
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian Alam." persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. . Hamparan buih nan memutih. . hanya indah di luaran. . namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. . Mencari sahabat sejati bukanlah mudah. . ramai yang bersama berkongsi suka. . namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka. Sahabat yang bertahkta dihati aku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya. . sahabat yang aku inginkan adalah hamba yang sentiasa inginkan keredhaan Illahi. . sahabat yang sentiasa bersama mengiringi aku dalam mengharungi dunia yang semakin hampir dengan penamatnya. . sahabat yang juga sentiasa membantu dan membimbing aku dari tergelincir dari landasan. . ya Allah . . ketika Kau hadiahkan aku seorang sahabat,Kau tanam lah rasa syukur dalam diri ini agar aku bersyuku

RINDUKAH AKU ?

Alhamdulillah . . masih diberi nafas untuk terus beribadat kepada Sang Pencipta . . walaupun terkadang diri ini alpa dengan perintahNya . . begitu mudahnya aku . . hemmm . . Tetiba aku teringat kat keluarga aku di Jitra. . sayu juga hati ni bila rindu kan family yang jauh dimata dekat dihati ini. .tp apakan daya, aku mesti bersabar tahan perasaan ini. . semua orang ada perasaan rindu. . tak mampu nak dielak mahupun ditolak dengan jentera canggih sekali pun. . perasaan rindu tetap ada dalam diri kita. . Selalunya bila call mak dengan ayah just boleh cakap dengan mak dan ayah ja. Kadang2 boleh cakap dengan adik. . nak harap adik call aku memang tak lah kan. . kononnya ganggu aku lah, tak ada masa lah, letih lah, dan bermacam-macam alasan dia bagi. . sampaikan aku tersentap juga. Tapi aku biarkan saja sebagai kata-kata yang berlalu pergi begitu saja. . mungkin ada benarnya juga kata-kata adik aku tu. . aku jauh dari dia mana aku tau situasi adik kat sana kan? Hemm . Aku nak aba

SYUKUR LANGIT CURAHKAN AIRNYA

Image
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Dah lama kita dilanda musim panas dan kemarau. fuhh ! panas sangat sampai aku sering mengeluh kerana teralalu panas, tapi aku tak pernah teringat masih ada orang lain yang kepanas, hidup mereka betul-betul dibawah pancaran matahari, tapi aku? masih ada bumbung untuk berteduh. aku selalu terlupa, bila nak tidur aku pejamkan mata dan muhasabah kan diri baru aku terfikir mengenai ni. . hmm sungguh hina diri ini kerana asyik mengeluh ja. So now, langit curahkan airnya yang sekian lama dia kandung. alhamdulillah. . Akhirnya hujan turun juga membasahi bumi. aku yakin pokok kayu juga gembira dan bersyukur seperti aku juga. gembira yang teramat sangat. Sudah lama aku menanti hujan. Kesian tengok pokok kayu yang kering dan layu kerana kurang air. Waktu hujan mula renyai-renyai turun, aku menadah tangan memohon doa dan melafaz syukur. Aku teringat kata-kata cikgu. berdoalah ketika hujan, kerana pada waktu itu doa mudah dimakbulkan.

ADAKAH AKU KALAH DENGAN PENAT ?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Kadang-kadang selalu sangat nak lawan daripada tutur kan kata PENAT ! Tapi aku tak mampu. Tapi kenapa? Sebab aku sering kalah, aku tak tahan dengan penat. Ila . ! semua orang penat bukan Ila saja,(untuk menyedapkan hati) Disebabkan aku nak lawan dari penat, aku sering menangis teresak-esak ketika sujud dihadapan Tuhan. Aku bermohon kepada Sang Penciptaku (ALLAH) supaya aku tak penat setiap hari. Dalam perjalanan hidupku amat melelahkan. Aku belum berpijak dibumi nyata, tangan aku belum mampu untuk menghapus air mata yang mengalir. Walaupun aku tiada bahu untuk bersandar ketika aku perlukan,namun aku masih ada sujud yang sudi mendengar segala isi hati. Walaupun diri ini hina. Bila aku sedih,hati aku gundah dan ketika aku penat aku sering teringat dengan kalam Allah dalam Surah Al-Fatirayat ayat 34-35. Dan mereka berkata “ segala puji Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami, sungguh Tuhan kami bena

ALHAMDULILLAH

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang J Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi kegembiraan kepada ku disaat aku diuji dengan ujian-Mu YA ALLAH !! Firstly aku tak percaya apa yang kawan-kawan aku bagi tau. Serious aku tak percaya dan terkejut dengan berita yang kawan aku bagi tau. Nak tau apa yang kawan-kawan aku bagi tau? Diorang cakap aku dapat result exam sem dua elok. Aku orang ketiga yang terbaik. Mana mungkin aku nk peraya lagipun time exam aku sedang sakit. Sampai terpaksa jawap exam teori dan amali di hospital. Tak mungkin aku akan percaya ckp diorang. Hmmm . . serious memang aku seronok waktu diorang ckp pointer aku tinggi. Tapi aku tak akan percaya sebulat-bulatnya selagi keputusan tak diumumkan secara rasminya. Sebab terlalu seronok aku pun call ayah nk bagi tau,tp time tu result belum diumumkan lagi. Terlalu seronok sangat aku pun mesej ayah suruh call aku balik sebab aku tak da kredit,ayah pun call .  aku tanya ayah “ kalau anak ayah