Posts

Showing posts from April, 2015

tabah

Image
Cuba untuk tabah waktu diuji. Aku belajar melepaskan apa yang aku sayang. Belajar untuk merasai kehilangan apa yang disayang. Sebab semua ini hanya pinjaman sahaja. Baru nak rasa gembira dengan orang yang aku sayang tapi sebaliknya aku terpaksa melepaskan juga. Mungkin ini jalan cerita hidup aku yang Allah dah susun cantik-cantik. Sejujurnya, aku tidak kuat untuk hadapi ujian ini. Sebab tak mungkin aku akan jumpa dia lagi. Terkaku waktu permulaan rasa kehilangan DIA. Seolah tiada tempat untuk diluah. Perasaan down giler-giler arr. Tanpa sengaja air mata jatuh. Ingin diluah kepada emak,tapi jauh dari pandangan. Tabahkan diri untuk hadap sensorang tapi aku gagal. Kehilangan DIA amat menyakitkan. Disaat diri dah mula sayang aku terpaksa melepaskan DIA dan padam tentang cerita hidup DIA dan aku. Tak mudah untuk aku padam semua cerita kita. Even kau dah pergi, untuk selamanya. Tak mungkin kembali lagi dalam cerita kehidupan aku. Nak jaga perkenalan tu memang perit, walaupun sekejap.