Posts

Showing posts from April, 2014

SABAR ADALAH HARTA YANG MENGUNTUNGKAN

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian Alam." Hidup kita adalah untuk diuji. Ujian itu akan sentiasa mengekori kita kemana sahaja kita melangkah, lari lah sejauh mana pun, ujian tetap menanti. Ujian ini tidak ada hentinya, selagi kita hidup selagi itulah ujian akan bersama kita. Ujian itu merupakan salah satu cara untuk kita dekati Allah,untuk kita rapatkan hubungan dan mengenal dengan Allah. Allah datangkan sakit, supaya kita tahu Dialah Maha Penyembuh. . Allah beri kita miskin, supaya kita tahu Dialah Maha Kaya. . Allah berikan ujian kepada kita, supaya kita tahu Dialah Maha Sabar. . Setiap ujian yang diberikan kita mestilah bersabar. Sebab kesabaran adalah harta yang menguntungkan. Sabar juga dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Janganlah berputus asa dalam setiap dugaan. Disebalik dugaan yang diberikan ad

KASIHANKAN ORANG LAIN

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian Alam." Allah kirimkan perasaan belas kasihan ini supaya aku sedar masih ada orang yang susah hidupnya. . Hari jumaat lepas aku outing dengan dormates aku, termasuklah Aida yang tersesat join kami. . biasalah dia kena tinggal dengan dormate dia so terpaksalah dia follow semua aktiviti yang aku buat sepanjang cuti tu. .   hahaha padan muka Aida. . kalau boleh outing pun kami just boleh pi C-mart Amanjaya ja,sebab kami bukan outing dengan parents nak pi jauh-jauh, lagipun kitaorang tak ada transport. . Hmmmm. . but it’s ok lah,chill lah kan? Jalan kaki kan baik untuk kesihatan jugak just muka ja burn sikit. . Tengah pilih-pilih barang yang nak dibeli,aku terdengar bunyi duit syiling. Langkah aku terhenti, begitu juga Aida. Kami berpandangan sesama sendiri. Rupanya Aida pun nampak apa

SAHABAT,KAU ISTIMEWA

Image
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian Alam." persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. . Hamparan buih nan memutih. . hanya indah di luaran. . namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. . Mencari sahabat sejati bukanlah mudah. . ramai yang bersama berkongsi suka. . namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka. Sahabat yang bertahkta dihati aku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya. . sahabat yang aku inginkan adalah hamba yang sentiasa inginkan keredhaan Illahi. . sahabat yang sentiasa bersama mengiringi aku dalam mengharungi dunia yang semakin hampir dengan penamatnya. . sahabat yang juga sentiasa membantu dan membimbing aku dari tergelincir dari landasan. . ya Allah . . ketika Kau hadiahkan aku seorang sahabat,Kau tanam lah rasa syukur dalam diri ini agar aku bersyuku

RINDUKAH AKU ?

Alhamdulillah . . masih diberi nafas untuk terus beribadat kepada Sang Pencipta . . walaupun terkadang diri ini alpa dengan perintahNya . . begitu mudahnya aku . . hemmm . . Tetiba aku teringat kat keluarga aku di Jitra. . sayu juga hati ni bila rindu kan family yang jauh dimata dekat dihati ini. .tp apakan daya, aku mesti bersabar tahan perasaan ini. . semua orang ada perasaan rindu. . tak mampu nak dielak mahupun ditolak dengan jentera canggih sekali pun. . perasaan rindu tetap ada dalam diri kita. . Selalunya bila call mak dengan ayah just boleh cakap dengan mak dan ayah ja. Kadang2 boleh cakap dengan adik. . nak harap adik call aku memang tak lah kan. . kononnya ganggu aku lah, tak ada masa lah, letih lah, dan bermacam-macam alasan dia bagi. . sampaikan aku tersentap juga. Tapi aku biarkan saja sebagai kata-kata yang berlalu pergi begitu saja. . mungkin ada benarnya juga kata-kata adik aku tu. . aku jauh dari dia mana aku tau situasi adik kat sana kan? Hemm . Aku nak aba