Posts

REZEKI

Aku terima dengan hati yang terbuka walaupun jauh di sudut hatiku yang paling dalam amat menyakitkan. Keputusan ini aku yang pilih aku yang buat. Lama aku terdiam, termenung dengan pilihan yang aku buat ini. Berada di tempat orang tanpa keluarga tanpa suami disisi sedangkan tempat isteri adalah adalah diketiak suaminya. Hahahaha . . Keputusan untuk aku berada dilandasan sebagai seorang pendidik ini aku sendiri yang pilih. Aku tinggalkan kerjaya ( kerjayalah sangat ) aku yang sebelum ini sebab aku nak jadi seorang yang memberi ilmu untuk agama, bangsa dan Negara. Kemain kan ayat aku, hahahahahahaha. . . Sebenarnya aku tak sangka pun yang aku ni akan berada dalam satu platform sebagai seorang pendidik. Apatah lagi nak jadi pengajar untuk budak-budak lepasan spm. Memang aku tak sangka. Allah aturkan rezeki aku untuk jadi seorang pendidik. Aku bukanlah lepasan daripada institut perguruan atau yang sewaktu dengan nya. Aku hanya ada sijil VTO ( Vocational Training Operation ) , sijil

PERKAHWINAN

Hidup berjauhan dengan suami bukanlah sesuatu yang mudah. Bila berjauhan mental kena kuat, emosi kena pandai control. tapi kadang-kadang aku lost jugak. Sekarang berjauhan dengan suami untuk 3 bulan, tapi still boleh bertahan sebab Penang dengan Sungai Petani bukanlah jauh, bila-bila masa boleh datang. Tapi nanti lagi jauh nak pergi. Kat sana nanti lagi kena kuat. Sebab waktu tu takda suami disisi, keluarga jauhh. Waktu tu kalau menangis pon kau kena hadap sorang-sorang. Suami kau takkan dapat datang. Waktu tu menangis mata bengkak pun kena lah kuat bangun untuk teruskan kehidupan disana. Disini pun macam2 dugaan dah kena hadap, tu baru 3 bulan disini dah macam2 perangai aku jumpa. nasib 3 bln ja weyh. Kalau 3 tahun memang aku minta tangguh lah. Serious cakap aku tak pernah jumpa manusia yang solatnya tak tinggal, agama nya pun terjaga, tapi rupa-rupanya ada niat yang tak ikhlas disebalik perkenalan tu. Hari2 hati ni menangis. waktu ni serious cakap mental aku memang tak kuat.

yakin

Aku bagaikan tidak berpijak dibumi yang nyata. Aku merasakan diri ini lemah. Inginku pohon kekuatan dari Mu Ya Allah agar dapat aku bertahan untuk meneruskan hidupku. Ya Allah, aku yakin dan percaya kepada takdir dan ketentuanMu. Mengenalinya bukanlah satu kebetulan,mungkin ini yang tertulis di Mahfuz Mu untuk aku dan dia bersama. Aku tahu, jodoh pertemuan Allah yang tetapkan. Mungkin pertemuan kita adalah petanda untuk kita bersama atau sekadar ujian untuk kita. Setahun perkenalan kita, banyak benda kita hadap bersama, susah senang ni tak payah cakap lahh. Tambah kenangan-kenangan yang telah kita ciptakan. Aku bersyukur dapat kenal kamu balik selepas lima tahun lost contact. Sepanjang lima tahun tu, macam-macam aku dengar citer kamu. Semuanya yang bertentangan dengan kebaikkan. Jujur aku pun mengutuk kamu. Masa aku tak tahu yang kita akan menjadi kawan lebih dari seorang kawan. Dalam tempoh setahun yang kita rapat balik tu, aku kenal kamu seorang yang lain. Ya aku tahu kisah hidup

rebah

Kaki terasa bagai tidak berpijak dibumi yang nyata, mulut terasa kelu seribu bahasa , tangan bagaikan tiada daya untuk menganggkat. Namun aku masih punya hati yang yakin dan pasti bahawa ketentuan yang allah tetapkan untuk aku adalah yang terbaik perancanganganNya. Dalam hidup ini, apa yang dirancangkan tidak semestinya terjadi.bahkan impian yg diharapkan. Itulah kehidupan. Kehidupan yang mengajarkan kita untuk menjadikannya sebagai kebaikkan bukannya kesedihan. Saat kau diuji, katakan pada hati, “kau mampu untuk laluinya, selepas itu akan ada kebaikkan dan kebahagian” jangan kau takut pada ujian. Saat kau hilang apa yang dimiliki, jangan kau rebah tersungkur, bangkitlah, berdiri lah dengan kedua kaki agar kau dilihat seorang yang luar biasa. Berani untuk hidup di saat kau tidak ada apa yang dimiiki itulah yang lagi luar biasa.  Pesan pada hati “ini semua hanya pinjaman untuk kau, hidup ini indah sebenarnya. Kau kena kuat untuk cari dan lihat keindahan itu, kekuatannya pada diri kau

tabah

Image
Cuba untuk tabah waktu diuji. Aku belajar melepaskan apa yang aku sayang. Belajar untuk merasai kehilangan apa yang disayang. Sebab semua ini hanya pinjaman sahaja. Baru nak rasa gembira dengan orang yang aku sayang tapi sebaliknya aku terpaksa melepaskan juga. Mungkin ini jalan cerita hidup aku yang Allah dah susun cantik-cantik. Sejujurnya, aku tidak kuat untuk hadapi ujian ini. Sebab tak mungkin aku akan jumpa dia lagi. Terkaku waktu permulaan rasa kehilangan DIA. Seolah tiada tempat untuk diluah. Perasaan down giler-giler arr. Tanpa sengaja air mata jatuh. Ingin diluah kepada emak,tapi jauh dari pandangan. Tabahkan diri untuk hadap sensorang tapi aku gagal. Kehilangan DIA amat menyakitkan. Disaat diri dah mula sayang aku terpaksa melepaskan DIA dan padam tentang cerita hidup DIA dan aku. Tak mudah untuk aku padam semua cerita kita. Even kau dah pergi, untuk selamanya. Tak mungkin kembali lagi dalam cerita kehidupan aku. Nak jaga perkenalan tu memang perit, walaupun sekejap.

UNTUNG LAH

Image
Generasi sekarang selalu guna ayat untung lahh / untung arr kalau ada orang cerita sesuatu yang dia tak boleh buat. Aku pun pelik lah dengan segelintir manusia yang suka guna ayat untung lahh tu. Tapi kadang-kadang aku cakap gak. Hakhak. Ye lahh nak bagi respon dekat orang kan. Selalu yang terjadi ayat untung lah tu bila kau citer kat dia sesuatu, contoh lah kau cakap bapa kau beli handphone baru. Comfirm dia akan cakap “untunglah kau dapat handphone” . kalau aku senang ja, aku akan cakap untung sangat. Kenapa ada jadi masalah ka dengan kau? Wahh bahasa biadap sikit. Aku cakap ni berdasarkan kawan-kawan aku yang selalu sangat guna ayat untunglah tu. Aku pun selalu gak guna ayat macam tu. Takde kaitan dengan mana-mana pihak pun. Tapi apa salahnya kala kau tukar ayat untunglah tu kepada ayat rezeki dia. Tak boleh aehh ? ka kau takut kawan-kawan kau cakap kau bajet warak ? biarkan apa yang orang cakap kat kau. Mulut manusia memang macam tu. Ok aku rasa macam tak de kena mengena denga

PERNAH KAU RASA ?

Pernah tak kau rasa macam semua orang tak kisahkan kau? Entah lah . orang cakap kehidupan kita ni tak selalu cerah dan tak semestinya gelap. Kadang tu kawan yang didepan kita yang kita anggap kawan baik itu sebenarnya musuh kita. Mungkin didepan kawan itu ibarat kain putih yang tiada dosa, hakikat sebaliknya, kat belakang kita hati hitam macam sate panggang hangit menjaja cerita buruk pasal kita. Pernah rasa salah menilai orang tak ? Luaran dia nampak jahat. Tapi mak selalu pesan jangan nilai dia kerana luaran, nilai dia selepas kenal dia. Perangai dengan hati budi tak sama. Kalau dia jahat tak semestinya dia jahat. Kawan aku jahat, tapi hati dia baik. Dia sanggup susah payah untuk aku. Sanggup meletihkan diri untuk aku. Sorry kawan kalau dah menyusahkan. Pernah kau rasa kau susah? Tipu kalau kau cakap kau sentiasa senang. Baik kau jujur sebab menipu ni berdosa tau. Tak pernah rasa berdosa? Mugkin kau dah banyak bekalan nak bawa kesana nanti. Aku rasa Kau nak tido pu