Posts

Showing posts from 2015

tabah

Image
Cuba untuk tabah waktu diuji. Aku belajar melepaskan apa yang aku sayang. Belajar untuk merasai kehilangan apa yang disayang. Sebab semua ini hanya pinjaman sahaja. Baru nak rasa gembira dengan orang yang aku sayang tapi sebaliknya aku terpaksa melepaskan juga. Mungkin ini jalan cerita hidup aku yang Allah dah susun cantik-cantik. Sejujurnya, aku tidak kuat untuk hadapi ujian ini. Sebab tak mungkin aku akan jumpa dia lagi. Terkaku waktu permulaan rasa kehilangan DIA. Seolah tiada tempat untuk diluah. Perasaan down giler-giler arr. Tanpa sengaja air mata jatuh. Ingin diluah kepada emak,tapi jauh dari pandangan. Tabahkan diri untuk hadap sensorang tapi aku gagal. Kehilangan DIA amat menyakitkan. Disaat diri dah mula sayang aku terpaksa melepaskan DIA dan padam tentang cerita hidup DIA dan aku. Tak mudah untuk aku padam semua cerita kita. Even kau dah pergi, untuk selamanya. Tak mungkin kembali lagi dalam cerita kehidupan aku. Nak jaga perkenalan tu memang perit, walaupun sekejap.

UNTUNG LAH

Image
Generasi sekarang selalu guna ayat untung lahh / untung arr kalau ada orang cerita sesuatu yang dia tak boleh buat. Aku pun pelik lah dengan segelintir manusia yang suka guna ayat untung lahh tu. Tapi kadang-kadang aku cakap gak. Hakhak. Ye lahh nak bagi respon dekat orang kan. Selalu yang terjadi ayat untung lah tu bila kau citer kat dia sesuatu, contoh lah kau cakap bapa kau beli handphone baru. Comfirm dia akan cakap “untunglah kau dapat handphone” . kalau aku senang ja, aku akan cakap untung sangat. Kenapa ada jadi masalah ka dengan kau? Wahh bahasa biadap sikit. Aku cakap ni berdasarkan kawan-kawan aku yang selalu sangat guna ayat untunglah tu. Aku pun selalu gak guna ayat macam tu. Takde kaitan dengan mana-mana pihak pun. Tapi apa salahnya kala kau tukar ayat untunglah tu kepada ayat rezeki dia. Tak boleh aehh ? ka kau takut kawan-kawan kau cakap kau bajet warak ? biarkan apa yang orang cakap kat kau. Mulut manusia memang macam tu. Ok aku rasa macam tak de kena mengena denga

PERNAH KAU RASA ?

Pernah tak kau rasa macam semua orang tak kisahkan kau? Entah lah . orang cakap kehidupan kita ni tak selalu cerah dan tak semestinya gelap. Kadang tu kawan yang didepan kita yang kita anggap kawan baik itu sebenarnya musuh kita. Mungkin didepan kawan itu ibarat kain putih yang tiada dosa, hakikat sebaliknya, kat belakang kita hati hitam macam sate panggang hangit menjaja cerita buruk pasal kita. Pernah rasa salah menilai orang tak ? Luaran dia nampak jahat. Tapi mak selalu pesan jangan nilai dia kerana luaran, nilai dia selepas kenal dia. Perangai dengan hati budi tak sama. Kalau dia jahat tak semestinya dia jahat. Kawan aku jahat, tapi hati dia baik. Dia sanggup susah payah untuk aku. Sanggup meletihkan diri untuk aku. Sorry kawan kalau dah menyusahkan. Pernah kau rasa kau susah? Tipu kalau kau cakap kau sentiasa senang. Baik kau jujur sebab menipu ni berdosa tau. Tak pernah rasa berdosa? Mugkin kau dah banyak bekalan nak bawa kesana nanti. Aku rasa Kau nak tido pu

DAH TUA

Image
As you love me we could be starving, we could be homeless, we could be broke. As long as you love me I’ll be you platinum, I’ll be your silver., and I’ll be your gold. As long as you love me . . . Yeay umur dah 18. Dah besar dah, dah boleh kahwin dah. Hahahaha. Gatalnya aku. Buatnya ayah or mak baca tak pasal ja kena cop gedik. 24 febuary 2015. Dah berlalu bagi tahun 2015. Tak akan datang lagi dah. Alhamdulillah masih bernafas lagi. Masih diberi peluang untuk menumpang dimuka bumi Allah. 18 ? kau rasa? Rasa apa ? rasa tak tua lagi lah, Cuma rasa macam dewasa sikit, sikit jelah tak banyak pun. Cehh ayat tak boleh blahh. Hahaha. . walaupun umur dah 18 aku rasa perangai aku still macam kanak-kanak yang makan ice pop, main kejar-kejar, main galah panjang pastu tolak kawan sampai jatuh then terluka pstu gelakkan dia berguling-guling. Kahkahkahkah ! umur 18 tu atas dasar ja, perangai still macam kanak-kanak. Bilalah aku nak matang kan ? nak jadi wanita solehah,isteri mi

HANDPHONE HILANG

Wahhh tarikh cantik punya. 25 January 2015. Sebab apa cantik? Sebab handphone aku kena curi. KENA CURI ! diulang, KENA CURI !! Kau faham tak? Alahh kau mesti akan cakap beli lain lah apa susah. Meh sini muka dekat-dekat dengan aku. Memang boleh beli lain. Tapi tak sama macam yang lama. TAK SAMA sial !(baca dengan penuh perasaan). Kau tak da kat tempat aku kau boleh lah cakap. “alahh beli ja lain” kau tak rasa apa yang aku rasa.(macam ulang ayat yang sama ja) Aku bukan nak emo ka apa.(kalau macam ni tak emo lagi ka) tapi dalam phone buruk aku macam-macam ada. Email, no akaun, gambar tak payah nyatakan lahh, semua yang guna smartphone mesti ada punya gambar,video dan sebagainya. Sumpah doe aku terkejut kot time dormates aku bangun pagi tadi buka lampu bagitau phone dia tak ada. First tu aku terjaga, nak tengok jam dekat phone. Bila aku teraba-raba(jangan faham kot lain)phone aku taka da. Tapi time tu aku fikir mungkin phone aku jatuh bawah or ada dalam blanket. So aku pun sambung

MAHKAMAH SYARIAH

Image
Sebenarnya aku malas nak tulis blog ni. Tapi gigih kan juga lah sebab nak cerita apa yang jadi hari ni. Hahahha. Dalam sejarah hidup aku, hari ni aku telah menjejakkan kaki kedalam mahkamah syariah. Wahhhh bestnya tu kau tak perlu cakap lahhh. Excited giler. Serious cakap,aku kagum ! cehwahhh ^_^ Mesti hairan bin pelik kan kenapa aku pegi mahkamah syariah ? jujur jelah. Aku pegi bukan atas sebab aku kena tangkap khalwat or cerai (takdekaitan) or pape jelah. Ehhh japp ada ker org kena tangkap khalwat pegi mahkamah? Entah aku main hentam je ni. Haahahha ! act aku pegi sebab kena  buat ASSIGMENT *assigment lah sangat* berkaitan statistic kes yang dibicarakan. Nak dijadikan cerita aku pun pergi lah mahkamah syariah yang diceritakan oleh aku tu. Mahkakmah tersebut terletak di negeri Perth less(perlis). Saja nak cakap omputeh. Hahaha ! terpaksa google jugak lahh nak cari mahkamah tu,sebab kitaorg yang pegi ni bukan orang Perlis. So terpaksa lah minta bantuan En Google. Tq En. Google yang

FRIENDSHIP GOAL

Image
Assalammualaikum readers . . Aku kalau kenal someone tu susah lah nak lupakan dia. Nak-nak dia pernah jadi kawan aku. even kitaorang jauh sekali pun aku tetap akan ingat dia dan akan rindu dia. Kalau aku dah memang ngam dengan dia lah. Sumpahh rindu kot. Teringat kat kengkawan sekolah menengah dulu. Sorry k aku dulu ada dua sekolah menengah. Sebab aku pindahhhh. T_T. So tadi berkesempatan lah aku jumpa kengkawan sekolah lama tu. Even tak ramai sebab ada yang keje,ada yang pergi PLKN ada yang bercuti lah bagaikan. Kira ok lah kan boleh jumpa jugak. Gpun tak rancang so yang mana boleh ja. Aku kalau nak keluar kena ada driver. Maklumlahh aku ni mana ada lessen. So Si Syahadah dengan Baiti lah datang rumah aku jemput aku keluar. Sebenarnya tak tau nak pergi mana so bincang punya bincang nak pergi rumah Adibah. Ambik Dybah pergi lepak tasik lahh mana lagi. Tu je tempat best pun nak lepak even aku ni dah muak dah nak pergi situ. Tapi demi kengkawan lama gagahkan jugalahh. Acewwaah