PERNAH KAU RASA ?


Pernah tak kau rasa macam semua orang tak kisahkan kau?

Entah lah . orang cakap kehidupan kita ni tak selalu cerah dan tak semestinya gelap. Kadang tu kawan yang didepan kita yang kita anggap kawan baik itu sebenarnya musuh kita. Mungkin didepan kawan itu ibarat kain putih yang tiada dosa, hakikat sebaliknya, kat belakang kita hati hitam macam sate panggang hangit menjaja cerita buruk pasal kita.

Pernah rasa salah menilai orang tak ?

Luaran dia nampak jahat. Tapi mak selalu pesan jangan nilai dia kerana luaran, nilai dia selepas kenal dia. Perangai dengan hati budi tak sama. Kalau dia jahat tak semestinya dia jahat. Kawan aku jahat, tapi hati dia baik. Dia sanggup susah payah untuk aku. Sanggup meletihkan diri untuk aku. Sorry kawan kalau dah menyusahkan.

Pernah kau rasa kau susah?

Tipu kalau kau cakap kau sentiasa senang. Baik kau jujur sebab menipu ni berdosa tau. Tak pernah rasa berdosa? Mugkin kau dah banyak bekalan nak bawa kesana nanti. Aku rasa Kau nak tido pun rasa macam susahkan kalau kau tak boleh tido. Sebab aku pernah alami susahnya kalau tak boleh tido walaupun kau dah berusaha untuk tido.

Pernah kau rasa kehilangan ?

Memang hidup aku aku rasa yang datang pasti akan pergi. Kau jaga la dia sebaik mana pun bila sudah sampai waktu dia tetap akan pergi. Tapi bukan itu yang aku risaukan. Sebab  pemergian itu sudah pasti. Yang aku risaukan adalah kehilangan KAMU ! tapi itu bukan lagi hak aku untuk pertikaikan andai aku terpaksa kehilangan kamu. Bukan permintaan tapi aku takut untuk rasa kehilangan.

Sebab manusia mudah lupa.

Sebab Manusia mudah lalai dan alpa.

Sebab manusia ni angkuh dengan apa yang dia perolehi.

Sebab manusia ni sombong dengan kesegakan.

Sebab manusia ni pentingkan diri.

Sebab manusia ni selalu berasa diri tu hebat.

p/s : aku rasa tak da kaitan pun. Tapi aku tetap nak publish gak. Kau pehal ? senak ka ? nak judge aku ? judge lah sebab kau mesti rasa diri kau hebatkan. Hahahahaha.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

FRIENDSHIP GOAL

SAHABAT,KAU ISTIMEWA

KASIHANKAN ORANG LAIN