tabah


Cuba untuk tabah waktu diuji. Aku belajar melepaskan apa yang aku sayang. Belajar untuk merasai kehilangan apa yang disayang. Sebab semua ini hanya pinjaman sahaja. Baru nak rasa gembira dengan orang yang aku sayang tapi sebaliknya aku terpaksa melepaskan juga. Mungkin ini jalan cerita hidup aku yang Allah dah susun cantik-cantik. Sejujurnya, aku tidak kuat untuk hadapi ujian ini. Sebab tak mungkin aku akan jumpa dia lagi.

Terkaku waktu permulaan rasa kehilangan DIA. Seolah tiada tempat untuk diluah. Perasaan down giler-giler arr. Tanpa sengaja air mata jatuh. Ingin diluah kepada emak,tapi jauh dari pandangan. Tabahkan diri untuk hadap sensorang tapi aku gagal. Kehilangan DIA amat menyakitkan. Disaat diri dah mula sayang aku terpaksa melepaskan DIA dan padam tentang cerita hidup DIA dan aku. Tak mudah untuk aku padam semua cerita kita. Even kau dah pergi, untuk selamanya. Tak mungkin kembali lagi dalam cerita kehidupan aku.

Nak jaga perkenalan tu memang perit, walaupun sekejap. Baru nak hampir dua bulan perkenalan tu,aku terpaksa akur dengan ketentuan untuk melepaskan dan redha dengan kehilangan DIA. Orag selalu cakap, ajal maut di tangan tuhan begitu juga dengan jodoh dan  pertemuan. Apa yang perlu kita buat adalah tabah untuk hadap perpisahan ni. Life must go on. Even perkenalan dan pertemuan yang sekejap ni banyak ajar aku cara menghargai kawan dan anggap kawan sebagai sedara.

Andai kita dipertemukan kembali suatu hari nanti, aku harap aku tak kecewa macam sekarang. Aku harap kau tak melangkah pergi lagi. Dan aku harap kau boleh jadi manusia sebaik-baik manusia even semua orang tahu manusia tu tak perfect. Kau pergi blahhh waktu aku perlukan kan kau lagi, waktu aku perlukan pertolongan kau,belum puas tatap muka kau, belum puas untuk kenal diri kau. And now, aku kenal diri kau dari kawan-kawan kau, serious tersentap bila orang cerita tentang kau, tapi aku cuba untuk diamkan. sebab aku sayangkan kau. Sebab aku nak kau berubah,dan aku akan cuba ubahkan kau. Sebab aku tahu kau boleh berubah, Cuma perlu ambik masa. Tapi semua tu belum sempat untuk aku laksanakan.

Semua yang jadi ni tak mungkin akan kembali. Tak mungkin akan jadi nyata lagi. Aku perlu teruskan kehidupan aku dan kau perlu teruskan kehidupan kau dengan cara kau dan dunia kau sendiri. Walaupun hati masih sayang, tapi aku perlu tabah untuk ujian ini. Untuk perkenalan ini. Bersyukur juga sebab kita dapat jaga perkenalan kita ni even belum cukup dua bulan.  Terima kasih juga sebab banyak bantu aku sepanjang perkenalan ni. Maaf sebab aku banyak menyusahkan kau. Semoga kau bahagia dan hidup dengan tenang.
 

p/s : mencuba untuk tabah dan menyibukkan diri agar aku dapat lupa kan kau.

 

Comments

Popular posts from this blog

FRIENDSHIP GOAL

SAHABAT,KAU ISTIMEWA

KASIHANKAN ORANG LAIN