REZEKI


Aku terima dengan hati yang terbuka walaupun jauh di sudut hatiku yang paling dalam amat menyakitkan. Keputusan ini aku yang pilih aku yang buat. Lama aku terdiam, termenung dengan pilihan yang aku buat ini. Berada di tempat orang tanpa keluarga tanpa suami disisi sedangkan tempat isteri adalah adalah diketiak suaminya. Hahahaha . .
Keputusan untuk aku berada dilandasan sebagai seorang pendidik ini aku sendiri yang pilih. Aku tinggalkan kerjaya ( kerjayalah sangat ) aku yang sebelum ini sebab aku nak jadi seorang yang memberi ilmu untuk agama, bangsa dan Negara. Kemain kan ayat aku, hahahahahahaha. . .

Sebenarnya aku tak sangka pun yang aku ni akan berada dalam satu platform sebagai seorang pendidik. Apatah lagi nak jadi pengajar untuk budak-budak lepasan spm. Memang aku tak sangka. Allah aturkan rezeki aku untuk jadi seorang pendidik. Aku bukanlah lepasan daripada institut perguruan atau yang sewaktu dengan nya. Aku hanya ada sijil VTO ( Vocational Training Operation ) , sijil skm dan sijil diploma pengurusan perniagaan serta sijil-sijil lain yang aku ambik semasa aku bekerja dulu. Mungkin daripada sijil-sijil yang aku kumpul tu membuka pintu rezeki aku untuk jadi seorang pendidik. Akhirnya aku disini sebagai pensyarah di salah sebuah kolej kemahiran di negeri Sembilan ini.

Aku tahu dan aku dengar banyak mulut yang pertikai tentang rezeki yang allah berikan kepada aku ini. Pertama sekali factor umur aku yang terlalu muda untuk menjadi guru kemahiran ini. Tp manusia kan mana boleh kau lebih dari dia, manusia sekarang banyak yang bersifat dengki. Eh aku nak bagitahu ini semua rezeki yang allah berikan kepada aku, kalau kau nak kau kena usaha. Jangan lah berdengki dengan kejayaan dan rezeki yang allah berikan pada dia. Dan jangan kau nilai umur dia dengan kau dia dah ada segalanya, usaha lah. Allah tak pernah pun tak dengar rintihan kita. Bukan bila kau susah baru kau cari dia. Tak sama sekali, first kau kena jaga hubungan kau dengan pencipta kau. Ok .. muahhh ciked . <3

Comments

Popular posts from this blog

FRIENDSHIP GOAL

SAHABAT,KAU ISTIMEWA

KASIHANKAN ORANG LAIN