rebah

Kaki terasa bagai tidak berpijak dibumi yang nyata, mulut terasa kelu seribu bahasa , tangan bagaikan tiada daya untuk menganggkat. Namun aku masih punya hati yang yakin dan pasti bahawa ketentuan yang allah tetapkan untuk aku adalah yang terbaik perancanganganNya.
Dalam hidup ini, apa yang dirancangkan tidak semestinya terjadi.bahkan impian yg diharapkan. Itulah kehidupan. Kehidupan yang mengajarkan kita untuk menjadikannya sebagai kebaikkan bukannya kesedihan. Saat kau diuji, katakan pada hati, “kau mampu untuk laluinya, selepas itu akan ada kebaikkan dan kebahagian” jangan kau takut pada ujian. Saat kau hilang apa yang dimiliki, jangan kau rebah tersungkur, bangkitlah, berdiri lah dengan kedua kaki agar kau dilihat seorang yang luar biasa. Berani untuk hidup di saat kau tidak ada apa yang dimiiki itulah yang lagi luar biasa.  Pesan pada hati “ini semua hanya pinjaman untuk kau, hidup ini indah sebenarnya. Kau kena kuat untuk cari dan lihat keindahan itu, kekuatannya pada diri kau. Jiwa kau kena kental mental kau kena kuat. Bila kau dicemuh jangan kau tertunduk kalah. Bangkit dan berdoalah kepada Allah. Dia lebih mengetahui hati kau dari org lain”

Kehidupan ini tidak semakin mengundur dan tidak berhenti diam setakat kemarin. Hidup ini sentiada berjalan. Masa semakin berputar. Nadi semakin berdenyut selagi belum sampai masanya untuk semua berhenti. Jadi, kau teruskan hidupmu, atur perjalanan langkah mu di jalan yang benar dan jangan kau tersasar dari jalanmu. Jadikan Allah sebagai peneman kau. Roda kehidupan selalu berputar ada kalanya bahagia terasa ,  sedih merintih dan juga airmata .

Comments

Popular posts from this blog

FRIENDSHIP GOAL

SAHABAT,KAU ISTIMEWA

KASIHANKAN ORANG LAIN