yakin

Aku bagaikan tidak berpijak dibumi yang nyata. Aku merasakan diri ini lemah. Inginku pohon kekuatan dari Mu Ya Allah agar dapat aku bertahan untuk meneruskan hidupku. Ya Allah, aku yakin dan percaya kepada takdir dan ketentuanMu. Mengenalinya bukanlah satu kebetulan,mungkin ini yang tertulis di Mahfuz Mu untuk aku dan dia bersama. Aku tahu, jodoh pertemuan Allah yang tetapkan. Mungkin pertemuan kita adalah petanda untuk kita bersama atau sekadar ujian untuk kita.
Setahun perkenalan kita, banyak benda kita hadap bersama, susah senang ni tak payah cakap lahh. Tambah kenangan-kenangan yang telah kita ciptakan. Aku bersyukur dapat kenal kamu balik selepas lima tahun lost contact. Sepanjang lima tahun tu, macam-macam aku dengar citer kamu. Semuanya yang bertentangan dengan kebaikkan. Jujur aku pun mengutuk kamu. Masa aku tak tahu yang kita akan menjadi kawan lebih dari seorang kawan. Dalam tempoh setahun yang kita rapat balik tu, aku kenal kamu seorang yang lain. Ya aku tahu kisah hidup kamu sebelum kita rapat balik. Kamu cerita semua kisah hidup kamu yang lepas tanpa segan silu langsung yang semuanya jahat belaka. Aku tetap terima kamu, sebab aku fikir manusia boleh berubah, dan mungkin sekarang kamu dah berubah. Yaa aku Nampak perubahan kamu. Kamu yang sekarang bukan kamu yang dulu. Aku juga minta jawapan daripada Allah. Bukan sekali bukan dua kali tapi berbelas kali aku mohon petunjuk dari allah tentang perhubungan kita. Alhamdulillah kali ke sebelas aku dapat jawapannya. Aku yakin sesungguh- sungguh yakinnya bahawa jawapan untuk istikharah aku kali tu adalah yang benar.  

Aku berharap agar aku dapat jaga semua ini agar ia tidak melayang pergi.

Comments

Popular posts from this blog

FRIENDSHIP GOAL

SAHABAT,KAU ISTIMEWA

KASIHANKAN ORANG LAIN